nama yang sudah tidak lekang lagi dari percakapan bibirku...yang tidak pernah pupus dari ruang ingatanku malah ia sering menganggu ketenteraman jiwaku kerana pada tiap degupan jantungku...hatiku sering tertanya-tanya...di manakah dia?...adakah dia sedang berada di dalam keadaan yang selamat?...apakah yang sedang dia lakukan?...aku sering dilanda gelisah hanya kerana nama ini...yang dimiliki oleh seorang insan yang cukup istimewa di dalam hidupku...seseorang yang teramat sangat aku sayangi dari hujung rambutku hingga ke hujung jari kakiku...seseorang yang telah berjaya mencairkan dan menambat hatiku yang cukup keras dan agak sukar untuk dimiliki ini...aku teramatlah kagum dengannya...nak tahu kenapa?...kerana selama 7 tahun beliau menungguku dan mengharapkanku...beliau tidak pernah kenal erti putus asa...beliau tabah menghadapi kedegilanku dari hari ke sehari sehingga pada akhirnya aku sendiri yang tewas kepadanya...beliau mempunyai satu daya tarikan yang aku sendiri tidak pasti apa sebenarnya keistimewaannya itu...apa yang aku tahu...aku menyayanginya sepenuh hatiku malah seluruh jiwa dan ragaku adalah miliknya...sehinggakan kadang-kadang aku merasakan bahawa dialah satu-satunya lelaki di dunia ini yang diciptakan untukku...perasaanku terhadapnya tidak terbilang dan tidak dapat diperkatakan...malah ia tidak dapat dibendung lagi...ianya terlalu indah dirasakan dan terlalu kuat, teguh dan tulus di dalam hati kecilku ini...dan Alhamdulillah...pada tanggal 4 haribulan Januari-[040106] tahun ini...satu sejarah yang cukup indah tercipta lalu dicatatkan di dalam hidupku kerana pada hari itulah kita bersatu...zahir dan batin hingga ke hari ini...dan aku sering berdoa' agar ia bertahan buat selamanya...aku cukup gembira dan teramat bahagia sekali pabila sahaja aku bersua dengannya...apalagi mendampinginya...terlalu banyak kenangan manis direka bersama hinggakan tidak pernah pun terlintas untukku memadamkan kesemuanya...aku tidak pernah kesal bersamanya yang teramat sangat aku cintai...dan beliau telah pun termasuk di dalam list 'CINTA ABADI' ku iaitu;-
1. Ya Allah, Tuhanku
2. Nabi Muhammad S.A.W
3.Umi babaku + keluargaku
Aku cinta padamu, Az!...itulah kebenarannya..........
